Bualan Langsung Buka Akaun Baru

Peringkat Lanjutan

Nombor Fibonacci Dalam Forex

Dalam abad ke-13, seorang ahli matematik Itali pertama menerbitkan satu urutan nombor yang dikenali sebagai nombor Fibonacci. Leonardo Fibonacci asalnya menemui siri nombor apabila mencuba untuk menjelaskan bahagian semula jadi pelbagai perkara dalam alam semesta. Urutan nombor adalah seperti berikut:

1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89 ….

Seperti yang anda boleh lihat, terdapat hubungan yang jelas antara setiap nombor mengikut urutan. Dengan cara menambah dua nombor pertama bersama-sama (1 +1) anda akan mendapat nombor yang berikutnya (2). Pengiraan ini berterusan sepanjang sirinya (1 +2 = 3, 2 +3 = 5, 3 +5 = 8 dan seterusnyanya), dan diteruskan selama-lamanya, urutan adalah tanpa had.

Setelah anda memahami perkara ini, kita boleh mengukur nisbah mana-mana nombor (selepas pasangan nombor pertama) ke nombor tertinggi berikutnya. Nisbah ini sentiasa sama iaitu 0.618. Sebagai contoh, 55 dibahagikan dengan 89 (55/89) bersamaan dengan 0.618.

Kita juga boleh mengira nisbah antara nombor alternatif. Sebagai contoh 21 dibahagikan dengan 55, dan kita akan mendapat 0.382. Nisbah ini dikenali sebagai ‘nisbah emas’ dalam dunia Forex.

Fibonacci Pemantulan (retracement) Dalam Forex

Apabila berhubung kait pada perdagangan secara teknikal, nombor Fibonacci biasanya digunakan untuk menjangkakan pergerakan pasaran.

Beberapa nisbah yang berbeza digunakan; semuanya berasal dari siri nombor Fibonacci. Urutannya adalah seperti berikut:

  • 0.236
  • 0.382
  • 0.500
  • 0.618
  • 0.764
  • 1.000

Pelabur menggunakan pelbagai tahap pemantulan (retracement) sebagai tahap sokongan dan rintangan. Bermakna mereka meletakkan pesanan belian atau jualan kepada pasangan matawang setelah mencapai nisbah tertentu. Kebanyakan perisian carta disediakan dengan indikasi dan alat yang membolehkan kita untuk meletakkan tahap peralihan / pemantulan (retracement) Fibonacci terus ke atas carta. Untuk menggunakan teknik perdagangan teknikal ini, anda mesti berupaya untuk mengenal pasti kedua-dua pusingan atas (swing high) atau pusingan bawah (swing low).

  • Satu Pusingan Atas (Swing High) adalah keadaan lilin dengan sekurang-kurangnya dua paras atas terrendah (lower high) bersebelahan dengannya, kiri dan kanan.
  • Satu Pusingan Bawah (Swing Low) adalah keadaan lilin dengan sekurang-kurangnya dua paras bawah tertinggi (higher Low) bersebelahan dengannya, kiri dan kanan.

Kebanyakan pedagang akan mencari pemerhatian untuk mengaplikasikan prinsip Fibonacci apabila pasaran mengikut tren (trending), sama ada dalam keadaan ke atas atau ke bawah carta. Apabila pasangan matawang dalam keadaan tren meningkat, pedagang akan mecari peluang untuk memasuki belian (long), sedangkan apabila pasangan matawang adalah tren ke bawah, seorang Pelabur akan mencari peluang untuk jualan (short).

Anda boleh mendapatkan tahap pemantulan (retracement) ini menggunakan kebanyakan perisian carta yang baik. Hanya mencari Pusingan Atas (Swing High) terkini, dan Pusingan Bawah (Swing Low) terkini, kemudian tarikkan kursor di antara kedua-duanya. Ia adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa pada trend menurun, tarikkan dari Pusingan Bawah (Swing Low) untuk Pusingan Atas (Swing high). Tetapi bagi trend menaik, lakukan yang sebaliknya. Klik pada Pusingan Bawah 1 (Swing Low) dan tarikkan kursor ke Pusingan Atas (Swing high).

Trend ke atas (menaik)

Baiklah, kita telah menjumpai kedua-dua titik pusingan atas dan bawah menggunakan perisian carta kami di bawah ini. Kita kemudian menggunakan kursor untuk menarik garisan antara kedua-duanya. Perisian ini akan secara automatik menunjukkan kepada kita tahap pemantulan (retracement) kepada nilai Fibonacci, seperti yang anda boleh lihat di bawah.

Forex 101 - Fibonacci Numbers In Forex Trading - Bahasa Malaysia-Picture 01

Carta menunjukkan nisbah 0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764 dan 1.000. Sekarang, kita menjangkakan pasangan matawang untuk memantul pergerakannya dari paras tertinggi terkini. Keadaan ini berlaku apabila pelabur akan bertindak balas dengan membuat pesanan belian pada tahap yang ditunjukkan pada carta. Pada setia nisbahnya, matawang akan mendapat sokongan dan meneruskan trend meningkatnya semula. Mari kita lihat apa yang berlaku.

Forex 101 - Fibonacci Numbers In Forex Trading - Bahasa Malaysia-Picture 02

Harga mula untuk beralih pergerakan turun semula, menembusi tahap 0.236. Walau bagaimanapun apabila ia mencapai nisbah 0.382, ia bertemu dengan beberapa tahap sokongan dan mula beralih trend menaik atau ke atas semula. Pada akhirnya, ia memecahkan tahap pusingan atas (swing high) sebelumnya. Jelas sekali mana-mana pedagang yang meletakkan suatu pesanan belian di tahap 38.2% akan membuat keuntungan yang banyak.

Trend ke bawah (menurun)

Sekarang mari kita lihat apa yang berlaku sebaliknya pada trend menurun. Berikut adalah carta mengenainya:

Forex 101 - Fibonacci Numbers In Forex Trading - Bahasa Malaysia-Picture 03

Kita menjangkakan harga matawang, seperti sebelum ini, untuk memantul semula. Oleh itu harga mula meningkat, sebelum bertemu tahap rintangan pada salah satu daripada tahap Fibonacci, dan kemudian mula bergerak menurun lebih mendalam.

Forex 101 - Fibonacci Numbers In Forex Trading - Bahasa Malaysia-Picture 04

Sekali lagi kita dapat melihat bahawa ia tidak berlaku. Kebanyakan pedagang meletakkan sebahagian besar pesanan jualan di tahap 50%, oleh itu menyebabkan harga untuk beralih arah dan mulakan semula trend ke bawah atau menurun. Pelabur yang membuka pesanan jualan sama ada pada tahap Fibonacci 38.2% atau 50% akan mengumpul keuntungan.

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa harga tidak semestinya dan tida sentiasa melantun kembali dari tahap ini. Jika keadaan pemantulan ini sentiasa berlaku dalam pasaran, ia akan menjadi sangat mudah untuk diramalkan dan sentiasa mengikut tren. Pelabur akan sering kali meletakkan pesanan mereka pada tahap Fibonacci ini malahan sering juga mendapat keuntungan.